Followers

Monday, April 15, 2013

Tutorial Popia Nestum (terlaris di pasaran)





Sekali makan nak lagi, makan lagi tengok2 tak sedar dah tinggal balang.Apa yang istimewanya tentang makanan ini.Ianya sedap dan berkhasiat.Nama kuih ni popia nestum.Ada jugak yang gelarkannya "Tayamum" sebab ia berdebu macam pasir tayamum.Ada juga yang namakannya "suci dalam debu", mungkin kerana ianya sesuci debu. Dan ada juga yang gelarkannya "batang buruk sarawak".Apa pun yang digelarkannya namun kuih ini adalah kuih yang sama.Memang sedap, tak percaya meh saya bagi resepi.Nak beli barang untuk buat popia ni, bleh tengok contoh gambar diatas ok. Resepi ini saya dapat hasil dari rakan saya yang baik hati sudi berkongsi. Bagi yang nak jimat kos, pas ni jangan lupa cuba buat tau sebab seronok bila dapat makan sampai jemu...kikik

ReSePI PopIA NesTUm
(resepi ni untuk 20 bungkus)

1000gm Nestum (Original)
400-550 gm Susu tepung (jenama fernleaf)
100 -300 gm Gula kastor (gula biasa pun boleh) tapi gula kastor manisnya menarik skit.

Step 1 : Cara buat serbuknya.

1. Gaulkan kesemua bahan diatas. sambil gaul uji rasa dulu. ikut citarasa sendiri nak manisnya banyak mana.Dah ok rasanya, bland halus.kalau nak kasar2 sikit pun boleh tiada masalah. Dah siap bland, simpan dalam tupaware dan tutup rapat. jangan dedahkan pada suhu yang terlampau panas dan jangan biarkannya terdedah kerana ianya mudah rosak.

Step 2 : Untuk popianya

5 Packet kulit popia (jenama pertama mcm dlm gambar di atas)
(bungkus hijau tu ranggup skit sbb nipis.Klu bungkus unggu tebal skit,tapi bleh guna jugak k..)
1 Mangkuk air biasa (utk pelekatnya)

1. Buka selapis demi selapis. gulung selebar 1 inci, saya selalu buat besar yang macam dalam gambar diatas. mudah masuk mulut hehehe.. Hampir2 nak habis gulung jangan lupa sapukan sedikit air pada penghujung gulungan.Nak lekatkan menjadi seperti (roll stick ).Kemudian boleh la terus menggunting.Boleh gunting macam bentuk pasta tu pun ok gak (ikut selera masing).

* Ada yang gunakan putih telur sebagai agen pelekat kulit diatas. Sesuai juga digunakan bila kulit popia sudah terlampau kering dan hilang lembapnya.

Step 3 : Menggorengnya

2 kg minyak Seri murni (ikut rasa masing2)

1. Panaskan minyak. minyak dah betul2 panas boleh la mula menggoreng. Agak2 dah ranggup cepat2 toskan minyak.Sbb popia sekejap saja dah garing. sejukkan seketika agak2 menjadi suhu bilik.

Step 4 : Gaul

1. Sediakan serbuknya dalam dulang, masukkan popia dan gaul perlahan-lahan dan hati2 kerana popia yang rapuh cepat pecah jika di gaul lasak. Agak2 serbuk dah sebati dengan popia dan dah nampak rupanya macam "batang buruk" dan sedia untuk dimakan. Simpan dalam balang, tutup rapat. Kalau tak semut bersarang dalam balang. SeLamAT MeNCuBa

Petua :
1. Hindarkan kulit popia mentah dari terkena kipas angin kerana ianya mudah liat dan keras
2. Sambil buat proses ni jangan lupa berselawat sebab ianya antara penyumbang, makanan jadi sedap
3. Kalau yang baru cuba buat, jangan putus asa kalau tak menjadi. cuba lagi sampai berjaya. Sebab resepi ni pun banyak kali di test baru jadi...
4. sesiapa yang nak buat dalam kuantiti yang sikit, kurangkan (gm) resepi diatas, bahagikan separuh. Sambil buat jangan lupa rasa ok..

Monday, April 8, 2013

Seronoknya berkarya...

 
 
 

Kreatif dan menarik. Apa sahaja yang kita sentuh dan lihat kita mampu hasilkan sesuatu yang menarik dan berguna, terutamanya bahan-bahan yang terbuang seperti kertas,plastik,kaca.Selain bermanfaat adakalanya ia boleh menjadi sumber pendapatan utama dan sampingan. Kemahiran ini juga mencabar pemikiran seseorang supaya lebih teliti ketika bekerja. Hasil yang diperolehi amat mengembirakan kerana kebanyakkan hasil-hasil kraf tercipta berdasarkan dari minat seseorang. Sebenarnya dunia kreativiti adalah antara penyumbang terbesar dalam apa sahaja aktiviti yang berlaku di sekeliling kita. Tanpa warna,corak,rekabentuk yang berbeza-beza, suasana persekitaran hambar semuanya. Semua "crafter" di luar sana, teruskan berkarya.

Sunday, December 2, 2012

Promo My Batik Village

 

Mybatik Village syarikat yang mengeluarkan produk pakaian yang bertemakan batik.Uniknya batik yang dikeluarkan adalah hasil dari cantingan mereka sendiri.Hasil dari cantingan itu mereka berjaya menghasilkan pakaian seperti kemeja lelaki,baju kurung,pareo,scarf,cheongsam dan sebagainya.Produk mereka juga berjaya menembusi pasaran luar antarabangsa.Saya pernah bertanya kepada tukang jahitnya tentang penjualan kain ela batik mereka di dalam malaysia,ini kerana batik memang sentiasa menjadi perhatian ramai.Jawapan mereka, mereka sedia menerima tempahan bermulanya dari menghasilkan kain dan terus siap dijahit menjadi pakaian.Jika berminat boleh hubungi

My Batik Village Enterprise
Ts 648, Jalan Ladang,
Ladang Chip Joo,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
Ms.Wong (0124072382)

www.mybatikvillage.com  @ mybatikvillage@hotmail.com

Wednesday, August 15, 2012

Kenapa Upah Jahitan Mahal ?



Kenapa ye harga tempahan baju, jualan keronsang, dan pelbagai tempahan-tempahan lain yang berkaitan dengan jahitan mesti mahal harganya? jawapannya adalah pada bahan-bahan jahitan yang digunakan dan juga keringat mereka.Tailor banyak menggunakan bahan-bahan yang terbaik untuk menghasilkan jahitan mereka.Tak kisah la kalau harga sebungkus kecil manik yang mereka beli sudahpun mencecah RM 5.00 keatas, tetap mereka akan dapatkan.Ini kerana usaha hasil kerjatangan dan banting tulang mereka sudahpun terbalas apabila melihat pelanggan mereka gembira dan suka pada kualitinya.Harga benang kait sekarang RM 2.00 seketul.Harga benang jahit kecil sekitar RM 2.00 lebih.Harga kain cotton yang suatu ketika dahulunya semeter RM 1.00, sekarang dah pun mencecah RM 3.00 keatas.Kesemua harga diatas adalah anggaran berdasarkan pada bahan yang selalu dibeli.Manakala upah jahit juga perlu diambil kira.Walaupun semua itu remeh bagi pelanggan, tapi bagi tailor ianya tetap menjadi masalah utama yang mana mereka perlu atasi semata-mata untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Monday, August 6, 2012

Dunia Tailor Bila Raya


Bila cakap tentang musim raya, mesti yang dah ramai mula sibuk membuat persiapan. Boleh dikatakan banyak juga la benda yang mesti dirapi.Itu yang kita gambarkan dari suasana masyarakat kita apabila mereka keluar berbelanja. Tapi lain pula ceritanya bagi dunia "Tailor". Bila sebut ja musim raya, keadaan suasana kedai ataupun ruang rumah yangdigunakan untuk menjahit,mesti full dangan kain-kain pelanggan, tunggang langgang macam kapal karam. Biasanya tailor-tailor seluruh dunia akan budget, beberapa bulan lagi akan tibanya bulan puasa, mereka semua sibuk menerima tempahan awal.Ini kerana bagi mengelakkan baju-baju raya anda sekeluarga tak sempat siap kalau diterima last minit.Tailor akan berasa gembira sekiranya tempahan yang diterima mereka hanyalah fesyen baju kurung.Simple dan cepat siap.Tapi kalau yang ditempah tu adalah baju-baju yang berfesyen, kena pulak nak pakai ramai-ramai sedondon, sampai ke sahur la tailor membanting tulang menyiapkan baju-baju anda.Jadi tak hairanla kalau pagi-pagi raya, ada tailor yang demam akibat kerja berat. Pendapatan yang diperolehi memangla lumayan pada pandangan mata kasar kita,tetapi semua itu perlu diambilkira tentang bil elektrik,upah pekerja,pusingan modal dsbnya.Bagi anda-anda yang suka menempah, rancang masa tempahan dengan bijak. Bagi yang tak kisah, baju redemix menanti anda terutamanya di expo raya seluruh malaysia.

Sunday, July 15, 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433H. Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk sekali lagi menyambut dan menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini.Jadikanlah bulan ini sebagai permulaan hijrah bagi yang benar-benar mahu berubah.Rebutlah peluang ini seolah-olah ianya tahun terakhir untuk kita menunaikannya.Ianya lebih manis jika, kita sepenuh hati dalam mengerjakannya.Semoga seteleh apa yang kita lakukan di dalam ramadhan ini akan lebih dimuliakan dan diberkati Allah. Juga impaknya akan kita teruskan di dalam bulan-bulan yang akan datang, berkekalan hingga akhir hayat kita. Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w bersabda.

"Apabila mayat telah dikebumikan dan orang-orang yang hadir di upacara pengkebumiannya belum pun pulang, malaikat Munkar dan Nakir datang kepadanya. Kalau orang itu seorang mukmin, maka amalan-amalanya yang baik itu mengepungnya - sembahyang datang menghampiri kepalanya, zakat datang ke kanannya, puasa ke kirinya dan amalan-amalannya yang baik lagi itu datang ke arah kakinya sehingga tidak ada suatu yang dapat mendekatinya sehingga malaikat-malaikat pun akan menyoalnya berdiri dari jarak yang jauh.

Salam Ramadhan untuk semua....

Wednesday, June 20, 2012

Preview Blog Baru



Alhamdulillah, akhirnya terhasil gak blog ni.memang direka khas untuk pelbagai jualan,tempahan dan tatapan untuk semua.Contohnya crochet yang di atas ni, kami dah upload gambarnya dalam facebook untuk jualan, hasil kerjatangan dari bonda kami yang rajin mengambil tempahan.Jualan getah rambut ni agak laku bila dibawa ke tempat kerja, kawan-kawan sekerja, borong sakan hingga licin. Insyaallah akan lebih banyak lagi gambar-gambar yang cute akan kami upload ke blog ini untuk perkongsian kita semua...