Followers

Tuesday, March 18, 2014

FaveCrafts Quick And Crafty (Newsletter)



Inspirasi kreativiti...Hmmm dah lama sebenarnyer saya langgan catalog ni. Favecrafts banyak menyumbang idea baru khusus dalam bidang rekacipta bahan-bahan terbuang. Yang menariknya flatform ini banyak memaparkan gambar-gambar yang telah mereka hasilkan, siap dengan tutorialnya sekali. jap yer bawah ni ada keratan gambar yang boleh saya share ngan semua kekawan tentang favecrafts ini 


shortcart page favecrafts


percaya tak gelang tangan diatas tu datangnyer dari botol plastik minuman?...weee memang cantik. Tak pun boleh gak buat cekak rambut tau. Kalau nak tutorial ini jap yer saya bantu anda cross ke laman ini.


Nak lagi info tentang berita kraftangan boleh layari laman sesawang ini www.favecrafts.com. Bagi anda yang berminat boleh clicks pada My Newsletters dan jangan lupa masukkan email anda untuk dapatkan buletin terkini setiap hari tentang bagaimana kita boleh tukarkan bahan terbuang kepada sesuatu yang lebih bernilai. Selamat bergoogle...

Thursday, March 13, 2014

Doyleys Paper Craft



Jalan-jalan cari idea. Dah tak tahu nak kemana, akhirnya singgah le ke happy home. Kalau ke kedai serbanika macam tu memang la suka sangat. Tinjau macam-macam. Last bila ke part acuan biskut, terjumpa le benda alah ni...Inilah yang dipanggil Doyleys Paper. Fesyen ni dulu-dulu orang suke susun gelas telangkup atas kertas ni dan hias cantik-cantik meja makan. tapi sekarang bagi yang kreatif, bila tengok dan pegang je kertas ni dah tahu nak buat apa kan?...contoh macam di bawah ni


Tak pun bagi yang minat nak buat cupcakes terutamanya, boleh jugak kalau nak ubah gaya kertas cawan kek tu kepada yang ini



Satu lagi kalau nak ceriakan lagi hidup kita, kita boleh warnakan doyleys paper ni macam di bawah ini


tutorial mewarnakan paper ni ada di zon blog ini. Clicks http://hewandsew.com/dying/quick-dye-doilies/

Ada jugak yang nak buat cenderahati sebagai tanda kenangan dari kita kepada sesiapa saja yang kita nak bagi boleh juga try macam ni


Rupanyerr...banyak jugak yang boleh dibuat dengan doyleys paper ni. Ada jugak yang print sticker kemudian lekat atas paper ni dan deco cantik2 pada kad atau paper beg yang dibuat sendiri. Harga doyleys paper yang saya beli ni RM 3.90 (250 pcs). Mungkin ditempat anda ada yang lebih murah dari harga yang saya beli di sini. Jadi bagi yang berminat mencipta, mungkin paper ni akan menjadi sebahagian koleksi kreativiti anda..Selamat Mencuba...

Sumber foto diatas adalah dari sumber blog yang terpamer di google. Tujuan pameran adalah untuk mudah anda mencari dan mempelajari tutorial blog mereka dan juga berkongsi idea terutamanya.

Saturday, March 8, 2014

Maggie Goreng (copy penang street)



Teringat masa singgah di lebuh downing, penang. Maggi goreng yang pernah member saya try. Dia cakap boleh tahan gak le sodapnyer..Masa maggi ini disediakan, saya sempat tengok demo cara pemunya kedai tu masak.Resepinyer agak2 begini

Maggi Goreng Pedas

1 Bungkus Maggi Cintan (Perisa Kari)
1/2  Biji bawang merah (hiris halus)
2 Ulas bawang putih (hiris halus)
2 ranting batang sawi (daun diasingkan)
2 biji tomato ceri (dibelah 2)
1@ 2 tangkai cili padi (dipotong dua) *ikut kalau nak pedas bleh tambah lagi
1/2 Mangkuk kecil isi ayam * Jika suka boleh gunakan pedal ayam juga
1 Paket perencah maggi kari tadi
2 sudu cili kisar @ cili boh
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kicap pekat
1 biji telur ayam
Daun sawi tadi
Minyak 
Garam (sikit jerrr)

Cara goreng:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang,bawang putih,batang sawi,tomato ceri,cili padi dan isi ayam.Goreng seketika hingga semua bahan2 tu layu sikit.(walaupun nampak macam sarat tapi bahan2 ni la yang sedapkan maggi tersebut),

2. Rendam maggi ke dalam air panas yang mendidih seketika lebih kurang dalam 3-4 minit. Jangan terlebih rendam sebab maggi akan mengembang dengan cepat. Agak2 nampak maggi dah mulai lembut sikit, toskan air rendaman tadi.Tinggalkan sikit baki air rendaman tersebut bersama maggi tadi.

3. Bahan-bahan yang digoreng layu tadi, boleh la ditambah dengan cili kisar.Goreng cili hingga agak2 masak, masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit garam. Bila kuah mulai pekat, masukkan maggi bersama airnya untuk kembangkan sikit lagi maggi tersebut. (jika maggi tak cukup kembang,bila makan maggi tu rasa macam mentah dan keras) 

4. Tambah daun sawi, kicap pekat dan perencah maggi tadi.Goreng dalam api yang sederhana besar, sebab nak keringkan kuah maggi tersebut. Tolak maggi ketepi kuali, besarkan api, pecahkan telur dan didihkan sebentar. Dah nampak separuh masak telur tu, kaup maggi ke atas telur tu dan goreng dengan pantas sikit. Kalau tak cepat, maggi akan rentung. Dah berkerak sikit maggi tu dah boleh tutup api dan dah boleh hidangkan.

Rupanyerr..
.Gunakan api yang garang, boleh jadi sedap maggi tu
.Gunakan pelbagai bahan sayuran juga boleh sedapkan maggi tu
.Bagi yang tak makan pedas, resepi ni agak menyengat bagi anda
.Bagi yang suka pedas, puas makan la jawabnyerrr... 

Selamat mencuba

Bekas Hantaran Ciptaan Sendiri...



Bila pergi kenduri, seronok tengok tema warna yang dipilih raja sehari. Tak kurang juga keluarga pengantin mesti sedondon beli satu kayu buat baju sama warna dengan pengantin. Kalau dulu-dulu (mentara) saja yang pakai semua sama.Tapi sekarang zaman dah berubah, kenangan kenduri zaman dulu-dulu dah makin pupus. Cuma yang tinggal haaaa....yang dalam gambar diatas tu...set hantaran. Paling teruja masa nak siapkan bekas hantaran ni.Keja ni rumit sikit. sebab bekas ni guna surat khabar yang gulung2 tu...jap ye di bawah ni ada gambarajah kasar yang dibuat. Mungkin bagi yang belum biasa anyam, masa nak buat tu pening sikit, tapi bagi yang biasa anyam bakul ni mungkin faham kot...


tak pun boleh tengok gambarajah sebenar cara anyam bakul dalam blog yang saya link kan ini  http://nurmuharram.blogspot.com/

Saya mula belajar anyam, tengok gambar dalam blog diatas.Terima kasih banyak pada pemunya blog diatas sebab sudi kongsi cara belajar nak buat bakul surat khabar. Hasilnya saya dah hiaskan comei2 untuk dijadikan bekas hantaran. Anyaman bakul kertas ni pelbagai versi bentuk. Jika tulang surat khabar tu banyak, mungkin bentuk bakul tu tak sama macam yang saya buat diatas. Terpulang pada anda nak bentuk yang mana. Tapi yang penting gulung surat khabar tu banyak2. Lagi tinggi bakul ni naik, lagi banyak lerr...gulungan tu kita pakai. Selamat mencuba....