Followers

Thursday, March 13, 2014

Doyleys Paper Craft



Jalan-jalan cari idea. Dah tak tahu nak kemana, akhirnya singgah le ke happy home. Kalau ke kedai serbanika macam tu memang la suka sangat. Tinjau macam-macam. Last bila ke part acuan biskut, terjumpa le benda alah ni...Inilah yang dipanggil Doyleys Paper. Fesyen ni dulu-dulu orang suke susun gelas telangkup atas kertas ni dan hias cantik-cantik meja makan. tapi sekarang bagi yang kreatif, bila tengok dan pegang je kertas ni dah tahu nak buat apa kan?...contoh macam di bawah ni


Tak pun bagi yang minat nak buat cupcakes terutamanya, boleh jugak kalau nak ubah gaya kertas cawan kek tu kepada yang ini



Satu lagi kalau nak ceriakan lagi hidup kita, kita boleh warnakan doyleys paper ni macam di bawah ini


tutorial mewarnakan paper ni ada di zon blog ini. Clicks http://hewandsew.com/dying/quick-dye-doilies/

Ada jugak yang nak buat cenderahati sebagai tanda kenangan dari kita kepada sesiapa saja yang kita nak bagi boleh juga try macam ni


Rupanyerr...banyak jugak yang boleh dibuat dengan doyleys paper ni. Ada jugak yang print sticker kemudian lekat atas paper ni dan deco cantik2 pada kad atau paper beg yang dibuat sendiri. Harga doyleys paper yang saya beli ni RM 3.90 (250 pcs). Mungkin ditempat anda ada yang lebih murah dari harga yang saya beli di sini. Jadi bagi yang berminat mencipta, mungkin paper ni akan menjadi sebahagian koleksi kreativiti anda..Selamat Mencuba...

Sumber foto diatas adalah dari sumber blog yang terpamer di google. Tujuan pameran adalah untuk mudah anda mencari dan mempelajari tutorial blog mereka dan juga berkongsi idea terutamanya.

Saturday, March 8, 2014

Maggie Goreng (copy penang street)



Teringat masa singgah di lebuh downing, penang. Maggi goreng yang pernah member saya try. Dia cakap boleh tahan gak le sodapnyer..Masa maggi ini disediakan, saya sempat tengok demo cara pemunya kedai tu masak.Resepinyer agak2 begini

Maggi Goreng Pedas

1 Bungkus Maggi Cintan (Perisa Kari)
1/2  Biji bawang merah (hiris halus)
2 Ulas bawang putih (hiris halus)
2 ranting batang sawi (daun diasingkan)
2 biji tomato ceri (dibelah 2)
1@ 2 tangkai cili padi (dipotong dua) *ikut kalau nak pedas bleh tambah lagi
1/2 Mangkuk kecil isi ayam * Jika suka boleh gunakan pedal ayam juga
1 Paket perencah maggi kari tadi
2 sudu cili kisar @ cili boh
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kicap pekat
1 biji telur ayam
Daun sawi tadi
Minyak 
Garam (sikit jerrr)

Cara goreng:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang,bawang putih,batang sawi,tomato ceri,cili padi dan isi ayam.Goreng seketika hingga semua bahan2 tu layu sikit.(walaupun nampak macam sarat tapi bahan2 ni la yang sedapkan maggi tersebut),

2. Rendam maggi ke dalam air panas yang mendidih seketika lebih kurang dalam 3-4 minit. Jangan terlebih rendam sebab maggi akan mengembang dengan cepat. Agak2 nampak maggi dah mulai lembut sikit, toskan air rendaman tadi.Tinggalkan sikit baki air rendaman tersebut bersama maggi tadi.

3. Bahan-bahan yang digoreng layu tadi, boleh la ditambah dengan cili kisar.Goreng cili hingga agak2 masak, masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit garam. Bila kuah mulai pekat, masukkan maggi bersama airnya untuk kembangkan sikit lagi maggi tersebut. (jika maggi tak cukup kembang,bila makan maggi tu rasa macam mentah dan keras) 

4. Tambah daun sawi, kicap pekat dan perencah maggi tadi.Goreng dalam api yang sederhana besar, sebab nak keringkan kuah maggi tersebut. Tolak maggi ketepi kuali, besarkan api, pecahkan telur dan didihkan sebentar. Dah nampak separuh masak telur tu, kaup maggi ke atas telur tu dan goreng dengan pantas sikit. Kalau tak cepat, maggi akan rentung. Dah berkerak sikit maggi tu dah boleh tutup api dan dah boleh hidangkan.

Rupanyerr..
.Gunakan api yang garang, boleh jadi sedap maggi tu
.Gunakan pelbagai bahan sayuran juga boleh sedapkan maggi tu
.Bagi yang tak makan pedas, resepi ni agak menyengat bagi anda
.Bagi yang suka pedas, puas makan la jawabnyerrr... 

Selamat mencuba

Bekas Hantaran Ciptaan Sendiri...



Bila pergi kenduri, seronok tengok tema warna yang dipilih raja sehari. Tak kurang juga keluarga pengantin mesti sedondon beli satu kayu buat baju sama warna dengan pengantin. Kalau dulu-dulu (mentara) saja yang pakai semua sama.Tapi sekarang zaman dah berubah, kenangan kenduri zaman dulu-dulu dah makin pupus. Cuma yang tinggal haaaa....yang dalam gambar diatas tu...set hantaran. Paling teruja masa nak siapkan bekas hantaran ni.Keja ni rumit sikit. sebab bekas ni guna surat khabar yang gulung2 tu...jap ye di bawah ni ada gambarajah kasar yang dibuat. Mungkin bagi yang belum biasa anyam, masa nak buat tu pening sikit, tapi bagi yang biasa anyam bakul ni mungkin faham kot...


tak pun boleh tengok gambarajah sebenar cara anyam bakul dalam blog yang saya link kan ini  http://nurmuharram.blogspot.com/

Saya mula belajar anyam, tengok gambar dalam blog diatas.Terima kasih banyak pada pemunya blog diatas sebab sudi kongsi cara belajar nak buat bakul surat khabar. Hasilnya saya dah hiaskan comei2 untuk dijadikan bekas hantaran. Anyaman bakul kertas ni pelbagai versi bentuk. Jika tulang surat khabar tu banyak, mungkin bentuk bakul tu tak sama macam yang saya buat diatas. Terpulang pada anda nak bentuk yang mana. Tapi yang penting gulung surat khabar tu banyak2. Lagi tinggi bakul ni naik, lagi banyak lerr...gulungan tu kita pakai. Selamat mencuba....

Thursday, May 30, 2013

Promo Tutorial Ribbon 5 Kelopak

 

Kali ni nak kongsi bagaimana cara nak buat sekuntum bunga riben yang cantik macam diatas. Cara nak buatnya ada dalam blog  ribbonflowers.blogspot.com  .Blog tersebut ada menerangkan secara terperinci tutorial nya dan imej yang clear untuk kita semua lihat dan faham cara nak usahakannya. Bagi yang kreatif, ini lah masa kita nak buat. Bagi yang malas beli tapi puashati nak buat sendiri pun boleh tinjau2 ye. Gambar diatas saya pinjam dari blog tersebut untuk kekawan mudah cam blog tersebut. Kalau nak hasil yang sama di atas perlu diingatkan pemilihan jenis ribbon memang penting. Tak semua ribbon yang akan jadi hasilnya 100% seperti diatas. Ribbon diatas sifatnya keras dan senang dibentuk. Jadi cubalah ye...

Tutorial Ribbon diatas http://ribbonflowers.blogspot.com/

Tuesday, May 21, 2013

Tutorial Ribbon Bud

 

Bila tengok cantik, teringin nak buat. Nak buat pulak tak tahu cara. Bila ber "google" jumpa la jumping tutorial hasil sumbangan dari blogger2 yang lain update tutorial nak buat ribbon bud diatas. Dah tengok dan dah cuba buat tapi belum menjadi sebab belum faham sepenuhnya dengan contoh tutorial yang diberi. Dengan nekad tak mahu berputus asa, ber "google" sekali lagi. Akhirnya jumpa la satu lagi blog yang update tutorial siap dengan edit (bagi part2 yang tak dak). Nanti nak try sekali lagi. Bagi yang berjaya  buat mesti seronok kan?..

Tutorial Ribbon Bud (Basic)
Dari Gaberibbon.com
 
Tutorial Ribbon Bud (Edisi Edit) 

 Selamat Mencuba...

Monday, April 15, 2013

Tutorial Popia Nestum (terlaris di pasaran)





Sekali makan nak lagi, makan lagi tengok2 tak sedar dah tinggal balang.Apa yang istimewanya tentang makanan ini.Ianya sedap dan berkhasiat.Nama kuih ni popia nestum.Ada jugak yang gelarkannya "Tayamum" sebab ia berdebu macam pasir tayamum.Ada juga yang namakannya "suci dalam debu", mungkin kerana ianya sesuci debu. Dan ada juga yang gelarkannya "batang buruk sarawak".Apa pun yang digelarkannya namun kuih ini adalah kuih yang sama.Memang sedap, tak percaya meh saya bagi resepi.Nak beli barang untuk buat popia ni, bleh tengok contoh gambar diatas ok. Resepi ini saya dapat hasil dari rakan saya yang baik hati sudi berkongsi. Bagi yang nak jimat kos, pas ni jangan lupa cuba buat tau sebab seronok bila dapat makan sampai jemu...kikik

ReSePI PopIA NesTUm
(resepi ni untuk 20 bungkus)

1000gm Nestum (Original)
400-550 gm Susu tepung (jenama fernleaf)
100 -300 gm Gula kastor (gula biasa pun boleh) tapi gula kastor manisnya menarik skit.

Step 1 : Cara buat serbuknya.

1. Gaulkan kesemua bahan diatas. sambil gaul uji rasa dulu. ikut citarasa sendiri nak manisnya banyak mana.Dah ok rasanya, bland halus.kalau nak kasar2 sikit pun boleh tiada masalah. Dah siap bland, simpan dalam tupaware dan tutup rapat. jangan dedahkan pada suhu yang terlampau panas dan jangan biarkannya terdedah kerana ianya mudah rosak.

Step 2 : Untuk popianya

5 Packet kulit popia (jenama pertama mcm dlm gambar di atas)
(bungkus hijau tu ranggup skit sbb nipis.Klu bungkus unggu tebal skit,tapi bleh guna jugak k..)
1 Mangkuk air biasa (utk pelekatnya)

1. Buka selapis demi selapis. gulung selebar 1 inci, saya selalu buat besar yang macam dalam gambar diatas. mudah masuk mulut hehehe.. Hampir2 nak habis gulung jangan lupa sapukan sedikit air pada penghujung gulungan.Nak lekatkan menjadi seperti (roll stick ).Kemudian boleh la terus menggunting.Boleh gunting macam bentuk pasta tu pun ok gak (ikut selera masing).

* Ada yang gunakan putih telur sebagai agen pelekat kulit diatas. Sesuai juga digunakan bila kulit popia sudah terlampau kering dan hilang lembapnya.

Step 3 : Menggorengnya

2 kg minyak Seri murni (ikut rasa masing2)

1. Panaskan minyak. minyak dah betul2 panas boleh la mula menggoreng. Agak2 dah ranggup cepat2 toskan minyak.Sbb popia sekejap saja dah garing. sejukkan seketika agak2 menjadi suhu bilik.

Step 4 : Gaul

1. Sediakan serbuknya dalam dulang, masukkan popia dan gaul perlahan-lahan dan hati2 kerana popia yang rapuh cepat pecah jika di gaul lasak. Agak2 serbuk dah sebati dengan popia dan dah nampak rupanya macam "batang buruk" dan sedia untuk dimakan. Simpan dalam balang, tutup rapat. Kalau tak semut bersarang dalam balang. SeLamAT MeNCuBa

Petua :
1. Hindarkan kulit popia mentah dari terkena kipas angin kerana ianya mudah liat dan keras
2. Sambil buat proses ni jangan lupa berselawat sebab ianya antara penyumbang, makanan jadi sedap
3. Kalau yang baru cuba buat, jangan putus asa kalau tak menjadi. cuba lagi sampai berjaya. Sebab resepi ni pun banyak kali di test baru jadi...
4. sesiapa yang nak buat dalam kuantiti yang sikit, kurangkan (gm) resepi diatas, bahagikan separuh. Sambil buat jangan lupa rasa ok..

Monday, April 8, 2013

Seronoknya berkarya...

 
 
 

Kreatif dan menarik. Apa sahaja yang kita sentuh dan lihat kita mampu hasilkan sesuatu yang menarik dan berguna, terutamanya bahan-bahan yang terbuang seperti kertas,plastik,kaca.Selain bermanfaat adakalanya ia boleh menjadi sumber pendapatan utama dan sampingan. Kemahiran ini juga mencabar pemikiran seseorang supaya lebih teliti ketika bekerja. Hasil yang diperolehi amat mengembirakan kerana kebanyakkan hasil-hasil kraf tercipta berdasarkan dari minat seseorang. Sebenarnya dunia kreativiti adalah antara penyumbang terbesar dalam apa sahaja aktiviti yang berlaku di sekeliling kita. Tanpa warna,corak,rekabentuk yang berbeza-beza, suasana persekitaran hambar semuanya. Semua "crafter" di luar sana, teruskan berkarya.