Sekali makan nak lagi, makan lagi tengok2 tak sedar dah tinggal balang.Apa yang istimewanya tentang makanan ini.Ianya sedap dan berkhasiat.Nama kuih ni popia nestum.Ada jugak yang gelarkannya "Tayamum" sebab ia berdebu macam pasir tayamum.Ada juga yang namakannya "suci dalam debu", mungkin kerana ianya sesuci debu. Dan ada juga yang gelarkannya "batang buruk sarawak".Apa pun yang digelarkannya namun kuih ini adalah kuih yang sama.Memang sedap, tak percaya meh saya bagi resepi.Nak beli barang untuk buat popia ni, bleh tengok contoh gambar diatas ok. Resepi ini saya dapat hasil dari rakan saya yang baik hati sudi berkongsi. Bagi yang nak jimat kos, pas ni jangan lupa cuba buat tau sebab seronok bila dapat makan sampai jemu...kikik
ReSePI PopIA NesTUm
(resepi ni untuk 20 bungkus)
1000gm Nestum (Original)
400-550 gm Susu tepung (jenama fernleaf)
100 -300 gm Gula kastor (gula biasa pun boleh) tapi gula kastor manisnya menarik skit.
Step 1 : Cara buat serbuknya.
1. Gaulkan kesemua bahan diatas. sambil gaul uji rasa dulu. ikut citarasa sendiri nak manisnya banyak mana.Dah ok rasanya, bland halus.kalau nak kasar2 sikit pun boleh tiada masalah. Dah siap bland, simpan dalam tupaware dan tutup rapat. jangan dedahkan pada suhu yang terlampau panas dan jangan biarkannya terdedah kerana ianya mudah rosak.
Step 2 : Untuk popianya
5 Packet kulit popia (jenama pertama mcm dlm gambar di atas)
(bungkus hijau tu ranggup skit sbb nipis.Klu bungkus unggu tebal skit,tapi bleh guna jugak k..)
1 Mangkuk air biasa (utk pelekatnya)
1. Buka selapis demi selapis. gulung selebar 1 inci, saya selalu buat besar yang macam dalam gambar diatas. mudah masuk mulut hehehe.. Hampir2 nak habis gulung jangan lupa sapukan sedikit air pada penghujung gulungan.Nak lekatkan menjadi seperti (roll stick ).Kemudian boleh la terus menggunting.Boleh gunting macam bentuk pasta tu pun ok gak (ikut selera masing).
* Ada yang gunakan putih telur sebagai agen pelekat kulit diatas. Sesuai juga digunakan bila kulit popia sudah terlampau kering dan hilang lembapnya.
Step 3 : Menggorengnya
2 kg minyak Seri murni (ikut rasa masing2)
1. Panaskan minyak. minyak dah betul2 panas boleh la mula menggoreng. Agak2 dah ranggup cepat2 toskan minyak.Sbb popia sekejap saja dah garing. sejukkan seketika agak2 menjadi suhu bilik.
Step 4 : Gaul
1. Sediakan serbuknya dalam dulang, masukkan popia dan gaul perlahan-lahan dan hati2 kerana popia yang rapuh cepat pecah jika di gaul lasak. Agak2 serbuk dah sebati dengan popia dan dah nampak rupanya macam "batang buruk" dan sedia untuk dimakan. Simpan dalam balang, tutup rapat. Kalau tak semut bersarang dalam balang. SeLamAT MeNCuBa
Petua :
1. Hindarkan kulit popia mentah dari terkena kipas angin kerana ianya mudah liat dan keras
2. Sambil buat proses ni jangan lupa berselawat sebab ianya antara penyumbang, makanan jadi sedap
3. Kalau yang baru cuba buat, jangan putus asa kalau tak menjadi. cuba lagi sampai berjaya. Sebab resepi ni pun banyak kali di test baru jadi...
4. sesiapa yang nak buat dalam kuantiti yang sikit, kurangkan (gm) resepi diatas, bahagikan separuh. Sambil buat jangan lupa rasa ok..
Kalau nestum 2 gne nestum baby boleh? Sbb anak pnye nestum banyak lagi hehe
ReplyDeleteBoleh jee..sng xyah blend. # tolong jawab.kiki.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemenarik soalan tu...nestum baby mungkin tak sama rasanya dengan nestum di atas tu.kadang2 nestum baby ni pelik sikit rasanya. nestum di atas tu Wangi dan memang rasa nak tambah lagi bila nguyahnye..selamat mencuba..