Followers

Thursday, August 7, 2014

Kerja Kahwin

   Bila sebut tentang kenduri kawin, ramai yang teruja nak buat macam-macam benda. Terutama pada semua pengantin. Nak celebrate hari yang paling istimewa dalam hidup. Dari proses merisik, bertunang, nikah dan kahwin. Part yang paling best bila nak tempah kad kahwin, cari baju pengantin, masa nak siapkan hantaran, nak snap gambar2 kahwin yang cantik2 untuk kenangan, cenderahati yang nak dibagi pada kawan-kawan dan saudara mara kita, nasi dan lauk apa yang nak disediakan masa kenduri nanti...pening semua tu. Contohnya kadang-kadang yang di rancangnya nak warna tu, bila last minute dah hampir masa kenduri, boleh berubah pula ke warna yang lain. Tak kisah la semua tu, apa-apa pun yang penting tuan rumah seronok, tetamu yang hadir pun puas hati. Dalam entry kali ni saya nak share beberapa hasil kerja kahwin yang boleh bantu semua pengantin untuk siapkan beberapa barang yang dianggap paling penting ketika hari perkahwinan.


Bekas Muffin (RM 3.00 - RM 4.00)


Bekas Cupcake (RM 2.00 - RM 3.00)


Hadiah pengantin ( RM 30.00- RM 55.00)


Muffin (RM 0.80 - RM 1.20)


Set Hantaran 5,7,9 bekas (RM 250.00 - RM380.00)


Tempah baju ( RM 85.00 - RM 300.00)

  Budget di atas kebanyakkan semuanya tinggi-tinggi kan...tapi sebenarnya bila dah buat itulah harga yang sebenarnya...apa2 pun yang penting buat perancangan budget dulu sebelum kita membeli. Dalam 2 atau 3 bulan sebelum kahwin, dah bleh survey harga barang, yang penting saving pun kena cukup. Beli barang ketika kedai buat offer. Masa tu kalau borang banyak pun masih boleh save money. Kalau ada special offer untuk pemegang kad ahli di kedai2 borong kahwin tu, gunakan. Kalau tak de, pinjam je dari kawan2 atau keluarga, sangat puas hati.
  Nak tempah hantaran, jangan lupa bucking awal seeloknya 2 bulan sebelum kahwin. Cuma sediakan duit beli barang dan upah buat hantaran. Kalau nak save lagi, beli barang siap2 kemudian serahkan pada pakar yang membuat. Cuma bayar duit upah jer...Kepada semua bakal pengantin, selamat berbelanja, bijak merancang menang membeli.. ^_ ^

No comments:

Post a Comment